Saturday, December 3, 2011

0 pendapat

" Razak bosan? "



Setelah seharian bekerja, Razak sangat letih. Letih yang benar-benar letih. Selama ini Razak bekerja dengan bersungguh-sungguh, niatnya hanya satu iaitu ingin membalas jasa kedua ibu bapanya.


Pada suatu hari, Razak tekad untuk menghiburkan diri. Selama ini Razak hanya memendamkan sahaja perasaan tersebut namun dek nafsu yang membuak-buak, kali ini Razak tewas.


Sekali imbas, Razak sudah satu mana satu yang patut dibelinya. Kali ini Razak membeli Carol. Razak lantas menyambar Carol dan terus ke kaunter untuk membuat pembayaran. Carol seorang yang peramah, tak macam permainan yang pernah Razak beli sebelum ini. Bertambah pelik apabila Carol boleh memahami isi hati Razak. Razak gembira. Hari itu, Razak seakan disyurga.




0 pendapat

" Razak diluar kawasan? "


Minggu ni Razak ada tugasan luar, kali ini jauh sikit ; katakan lah di mongolia. Walaupun jauh, Razak tidak sedikit pun mengeluh, mungkin kerana Razak benar-benar memerlukan tugasan itu, tugasan yang boleh mengalih sebentar perhatian nya terhadap realiti kehidupan peribadi Razak.



Kali ini Razak perlu membantu ‘client’ menyiapkan borang ‘survey’. Ketika sedang leka membantu, Rosmah, yang berasal daripada terengganu menegur Razak yang kelihatan begitu tekun bekerja. Katakanlah umur rosmah dalam 35-an, kira-kira 17 tahun lebih muda berbanding Razak.



Bermula dengan pertanyaan biasa, soalan-soalan yang diajukan oleh Rosmah bertukar kepada sedikit peribadi. Razak nyata sedikit tidak selesa dan mula tidak senang duduk. Tidak semena-mena, kawan Rosmah yang dari tadi duduk disebelahnya menyampuk ;



“haa kau Rosmah, nak cari calon menantu lah tu!”



Sunday, October 30, 2011

1 pendapat

" 10 sebab perempuan lari meninggalkan anda? "


1. Mempunyai fizikal yang tidak menarik.

Tak menarik tu sebenarnya subjektif bergantung kepada setiap individu yang berbeza. Bagi sesetengah perempuan, pendek pun boleh menjadi tak menarik. Punggung besar pun tidak menarik katanya. Paling ketara mungkin, warna kulit gelap, perut buncit ataupun muka berjerawat.


2. Kurang meluangkan masa untuk keluar bersama.

Ini antara yang paling lazim. Dari zaman P. Ramlee dulu pun memang dah guna alasan ni. Walaupun anda sibuk dengan kerja mahupun tanggungjawab, kadang-kadang alasan anda tidak akan diterima. Apa yang penting, anda harus meluangkan masa bersama atau berdepan kemungkinan ditinggalkan kekasih anda.


3. Terlalu jujur.

Kadang-kadang lelaki terperangkap antara memenangi hati kekasih dan prinsip hidup. Walaupun pahit, kebenaran nyata perkara yang perlu ditegakkan. Malang bagi anda, perempuan semamangnya suka kepalsuan. Pujilah si dia cantik walaupun tidak, pujilah die baik walaupun tidak, pujilah dia pintar walaupun hakikatnya dia tidak.


4. Kereta anda tidak menonjol/mempunyai motor sahaja.

Kecoh di facebook tempoh hari tentang kenyataan seorang remaja perempuan hingusan yang nyata memperlekehkan lelaki di akhbar tentang motor bukan lagi pilihan mereka dalam dunia serba moden kini. Walaupun dalam sesetengah keadaan, perempuan gemar memendamkan ketidak-selesaan tersebut, tapi ianya tetap ada dan jika kena tempat dan masa, andalah mangsanya. Antara wira buruk tahun 1995 dan kereta myvi 2011 agaknya mana pilihan anda?


5. Enggan berjumpa dengan ibu bapa si perempuan.

Perempuan lebih cenderung untuk berasa tidak selamat sepanjang bersama dengan teman lelakinya selagi mereka belum berkahwin. Jadi apa-apa tindakan yang sedikit sebanyak bakal melegakan si perempuan merupakan tindakan yang genting (crucial steps) dalam menuju ke arah ikatan yang sah. Berjumpa dengan ibu bapa merupakan salah satu daripada tindakan tersebut. Awas, keengganan anda untuk berjumpa dengan ibu bapa kekasih anda akan menghakis kepercayaan pasangan anda seterusnya menjadi ibu penyebab kepada masalah lain dalam perhubungan.


6. Terlalu banyak menghabiskan masa bersama rakan.

Ketahuilah bahawa, kekasih anda adalah segala-galanya. Anda seharusnya mengutamakan kekasih anda dan bukan melepak di kedai makan bersama rakan-rakan lelaki anda sehingga pagi.


7. Kurang mengeluarkan wang ketika keluar bersama.

Perempuan gemar jika mereka dilayan ibarat puteri. Apa yang diminta perlulah anda turuti. Persembahkan lah hadiah yang mahal-mahal dan anda akan disayangi sentiasa. Jadi tindakan anda yang sengkek (walaupun anda mempunyai alasan sendiri) sebenarnya sering disalah tafsirkan sebagai kedekut dan tidak segak (tak sweet).


8. Sering bercerita tentang kekasih lama anda ketika keluar bersama.

Perempuan memang kuat cemburu. Mereka kononya mempunyai hati yang sensetif yang senantiasa perlu dijaga oleh anda, dan hati anda tak perlu dijaga. Bercerita tentang keindahan kisah terdahulu anda bersama bekas kekasih sedikit sebanyak bakal mendatangkan perasaan cemburu memandangkan kaum perempuan lebih cederung membandingkan diri mereka dengan bekas kekasih anda. Masing-masing mahu menang katanya.


9. Tidak serasi.

Anda tidak serasi. Aku kurang pasti sebenarnya bagaimana hendak mengukur keserasian ini, tapi yang aku tahu, pengukurnya ada pada kekasih anda. Kiranya, hanya mereka yang tahu sekiranya anda berdua serasi atau tidak. Stupid.


10. Sudah mempunyai lelaki lain.

Semua 9 sebab-sebab di atas hanyalah alsan mulut bermadah semata-mata sekiranya kekasih anda sudah mempuyai lelaki lain yang lebih istimewa. Anda sudah habis.



p/s: My own humble opinion based on my love-life experience. They thought me the harsh way, but thank god i managed to learnt something from it :)

Monday, October 24, 2011

0 pendapat

" tentang muammar lagi? "


... a country without alcohol, where the population abides by strict codes of male-female conduct that require both sexes to stay virgins until marriage—there are no dance clubs, no bars, no young couples strolling down the street, holding hands...I go in search of the town hotspot and discover it to be the local internet cafĂ©, where crowds of young men play video games, enter English-language chat rooms, and examine—however surreptitiously—Western porn sites. It takes me a few minutes to notice that there’s not a single woman in the place. Away from the progressive cities of Tripoli and Benghazi, women stay largely in the home, out of sight. A local man, Mahmud, tells me that women here aren’t allowed to see or interact with males outside of their immediate family, including any would-be husband."




sumber :

Friday, October 21, 2011

0 pendapat

" im back? "

salam

Memang dah lama sangat aku tak menulis. Sekarang ni dah kurang komitmen sikit, boleh la aku ringan-ringankan tangan nak menulis. Nak kena ada idea jugak sebenarnya, nantilah aku ada idea aku akan tulis.

Pagi tadi bangun-bangun bila 'online' terkejut bila dapat tahu yang pemimpin libya, muammar gaddafi dah meninggal. Dia antara pemimpin kelahiran tanah arab yang digeruni selain saddam hussein. Alfatihah.


tanda tangan muammar gaddafi (sumber)