Monday, July 20, 2009

"prebet adam?"

Baiklah, untuk penulisan kali ini, saya akan mengupas tentang prebet adam. Saya pasti, ramai rakan di luar sana langsung tidak tahu menahu tentang tuan empunya nama ini. Namun, inidividu inilah yang sebenarnya mendatangkan impak yang mendalam terhadap sejarah Malaysia terutama dalam soal keselamatan dalam negeri dan imuniti raja-raja.


Anda kenal kerabat diraja Johor? Tahukah anda, sultan johor adalah satu-satunya sultan yang tidak menggunakan baju melayu sebagai baju rasmi mereka ketika memerintah sebagai agong. Mereka sememangnya lebih mencontahi barat dari segi etika dan cara pemakaian. Tidak ada salahnya, hanya ingin menerangkankan sahaja. Namun ketahuilah bahawa kerabat diraja johor adalah yang paling warak dan alim dalam kebanyakan sultan di Malaysia. Malah, sultan johor dengan mudahnya dapat mengetahui sebarang bacaan yang salah sekiranya baginda dalam majlis bacaan quran. Baik, itu semua adalah kelebihannya.


Cerita ini sememangnya diklasifikasikan ‘keselamatan negara’ memandangkan melibatkan kerabat diraja. Saya juga tidak pasti sama ada ianya benar atau tidak, namun kes amukan prebet adam ini sememangnya berlaku dan hangat dikupas oleh akhbar-akhbar tanah air pada waktu tersebut. Sekiranya pembaca ada mengetahui hal yang lebih lanjut, anda digalakkan menambah isi-isi penulisan saya.


Prebet adam merupakan seorang askar melayu pada masa tersebut. Amukan prebet adam sebenarnya berpunca daripada kematian adik kesayangannya. Adik prebet adam merupakan seorang ‘caddy’ kepada sultan johor pada ketika itu. Saya kurang pasti siapa sultan Johor pada waktu tersebut namun adik prebet adam merupakan ‘caddy’ diraja. Anda tahu apa itu ‘caddy’? Untuk pengetahuan anda ‘caddy’ adalah penolong kepada pemain golf, individu yang bertanggungjawab mengangkat segala kayu-kayu golf si pemain.


Pada suatu hari, ketika sultan Johor sedang bermain golf, adik prebet adam ini telah tertawa kecil melihat bola golf sultan Johor ini yang tidak masuk lubang pada jarak sejangkal. Terkenal dengan sifat panas baran beliau, sultan Johor ini lantas bertindak balas dengan menghayunkan kayu golfnya kepada ‘caddy’ tersebut. Ketahuilah bahawa, kayu golf tersebut amat keras dan sememangnya boleh menjadi senjata sekiranya disalah gunakan. ‘caddy’ tersebut mati ditempat kejadian.


Disebabkan pada ketika itu raja-raja melayu masih mempunyai kuasa kekebalan, maka pembesar tersebut telah terlepas begitu sahaja tanpa ada sebarang tindakan undang-undang. Setelah sampai ke pengetahuan prebet adam, maka apa lagi, mengamuklah si adam tersebut. Sekiranya ini berlaku kepada anda, apakah agaknya yang mampu anda lakukan untuk menarik perhatian semua? Anda tertindas dek undang-undang yang telah disalah guna dan yang paling malang, anda adalah mangsa penyalahgunaan undang-undang tersebut.


Pada malam 18 oktober 1987, prebet adam telah mengamuk di jalan Chow Kit dengan membawa bersama senjata M-16 nya. Prebet adam telah menembak secara melulu ke arah orang ramai kerana berang dengan kezaliman terhadapnya dan bagi menarik perhatian seluruh negara. Pada mulanya, prebet adam telah pergi menembak di sebuah stsyen minyak esso disitu yang terletak berhadapan dengan Maybank. Nasib baik tidak meletup. Kemudian dia lari pergi menembak ala-rambo membuta tuli dan telah terkena sorang cina di hadapan Hankyu dan soeorang melayu di hadapan Batu Road Supermarket. Yang peliknya, orang Malaysia sedikit pun tidak lari menyelamatkan diri mahupun meniarap ketika ditembak malah pergi mengikut mengejar prebet adam dari belakang sampai ke Kampung Baru. Jika di Amerika Syarikat, tentunya semua sudah menjerit, maklumlah, mereka penakut sebenarnya, haha~


Esoknya, sejarah tercipta apabila Chow kit sunyi dan lenggang apabila seorang pun tidak dibenarkan masuk ke Chowkit kerana keadaan tegang tersebut. Penembak tepat polis telah ditempatkan dimerata bangunan disitu bagi mengesan prebet adam namun gagal. Cerdik juga prebet adam kerana dikatakan telah menyorok disebuah reban ayam milik salah seorang penduduk Kampung Baru. Tuan punya reban ayam tersebut yang menyedari kehadiran prebet adam tersebut telah melaporkan kepada polis. Namun, setelanh dikepung polis pun, prebet adam tetap enggan menyerahkan diri.


Akhirnya, kehadiran bos prebet adam yang berpangkat kolonel atau jeneral telah berjaya memujuk prebet adam dan kemudian dia pun ditahan. Bagi mengelakkan prebet adam bersuara dan mententeramkan situasi negara pada ketika itu, prebet adam telah dicaj tidak siuman dan telah dimasukkan ke hospital bahagia di sebuah wad khas di Tanjung Rambutan. Sultan Johor tersebut pula terlepas dari hukuman setelah ayahandanya memohon maaf bagi pihak anaknya.


Selepas daripada kejadian inilah Mahathir telah melakukan rombakan pada institusi diraja dimana sultan dan raja tidak lagi kebal. Namun, ianya mengambil masa yang agak lama kerana pembatalan kuasa imuniti raja-raja hanya berlaku pada 17Mei 1994, pada krisi kedua perlembagaan.


Sekian sahaja, sebarang komen amat dialu-alukan. Sekiranya berkesempatan, saya akan menulis tentang Sultan Abdul Majid, salah seorang pewaris takhta sultan johor.



p/s: 1st projek dah dapat~

47 pendapat:

aku said...

terbaek bro...tapi kurang detail... berapa hayunan golf?... reban milik siapa?... apakah peranan institusi kehakiman ketika itu yang diterajui oleh sultan perak??...

billetdoux said...

org dh pun jd arwah..xbaik la citer yg buruk..anyway bagus utk djadikan tauladan and sejarah..heh..manusia tinggi mane pun status ttp sama disisi allah..

boyak said...

ye laa... kalau tak ada rakyat... siapa raja??

hanya ALLAH sahaja yang maha berkuasa di alam semesta ni.. raja itu cuma pangkat sahaja...

Melayu Tak Lupa said...

Salam..aku pernah baca rencana dlm paper Utusan Melayu kalau tak silap aku sekitar tahun 1998 atau 1999..rencana tu cerita pasal prebet adam ni la..dlm paper tu tulis kata prebet adam ni mengamuk sebab kena ragging dlm askar..antaranya disuruh polish kemaluan menggunakan kiwi kasut..tetapi aku rasa cerita tu nak cover up saja..apa yg aku dgr sultan johor tu memang panas baran org nya..-Melayu Tak Lupa

Anonymous said...

malaysia x perlu ada raja g, hapuskan saja institusi diraja... sudah tiba masanya malaysia jadi sebuah negara republik...

sape-sape je said...

kalau tak de raja melingkup la orang melayu,sebab raja je kita bleh memerintah malaysia ni..

Anonymous said...

cerita prebet adam ni lebih kurang macam cerita john q.persamaannya,tindakan mereka telah merubah sejarah negara masing2

Anonymous said...

BEST CITER,,TAPI MACAM KURANG UMPHH,,

Anonymous said...

cuba kite berada di tempat prebet adam....adek yg kite syg x dpt keadilan atas kmtiannya...semetinya kita marah kan..lagi2 bile org yg berpngkat melakukan nye....sy dh bace crita ni...manusia sume nye sama...wlpon dye kturunan sultn..adat dn pemikiran yg mnjdkn mereka itu laen...

Anonymous said...

bodoh la korang nih...perangai mcm yahudi... raja tu simbol orang melayu!!!!!!!!!!! aku pro melayu!!!!!!!

Anonymous said...

pro melayu konon...podah..
pro melayu tapi pura2 pro islam...
mana lebih penting...melayu ke islam?

Anonymous said...

Bodoh punya Melayu la kamu orang semua! Lepas cerita ni la Mamakthir telah memaksa Sultan Johor(Agong)supaya berhentikan perkhidmatan Tun Salleh Abas...Ketua Hakim Negara!
Orang yg baik2, benar, betul dibuang...diganti dgn biawak2 hidup dr UMGOK....lalu di perbodohkan lagi Melayu.....selama 22 tahun! Mamak yg mengaku Melayu....Hangpa Melayu mana....?

Anonymous said...

Just nk perbetulkan.... Bukan Sultan Johor yg membunuh adik prebet adam tapi adik kepada tunku majid iaitu tunku kudin...

Anonymous said...

Asalamualaikum semua..saya di sini ingin memberitahu tentang kedudukkan Prebet Adam...Prebet Adam masih hidup seperti kita semua..tetapi Prebet adam dalam keadaan DAIF..tidak mempunyai kerja..mempunyai masalah..bole dikatakan tiap2 hari saya jumpa dengan Prebet Adam..untuk mengetahui lebih lanjut tentang Prebet Adam datang sendiri ke Sungai Pinang (Pulau Pinang)...sekian dari saya..rakan sekampung Prebet Adam @ Adam Rambo.

Anonymous said...

assalamualaikum nak tanya sikit ni,boleh bagi lebih detail tentang sungai pinang tu kt area mana ye

Anonymous said...

hapuskn raja. raja makan duit rakyat je. bukan ade guna pon dieorg ni, manusia biase gak,.bukan tuhan pon nak menghukum org sesuka hati. ni la melayu,habislah melayu klu xde raja? ape ke bodo nye,.kite dh buat perlembagaan yg perdana menteri hanya tok org melayu shaja. blajar la law klu x tau. jgn harapkn sgt raja ni. dieorg senang2 je kaya,rakyat bersusah pyh keje cari duit byr cukai. mane lagi raja dpt duit klu x dari rakyat byr cukai? melayu patut jgn mengharap org lain untuk menyedarkn kita.smpai bila lg kita nk bergantung ngan raja. disebabkn raja la ramai rakyat yg sengsara. raja ni tolong org asli,org kaya2 yg main golf.kumpul harta berbilion pastu belanja shoping travel luar negara,beli bugati porshe. itu ke cara raja membantu rakyat. dari beli porshe baik la guna duit tu tingkatkn kemudahan awam di negeri selain KL. buat la komuter o lrt kat byk tmpat taapi kerajaan xnk buat,.alasan nye sbb x rmai yg gune. smpai bile malaysia nk maintain cmni,.negara lain dah maju gile bab kemudan awam,mcm jepun. klu kau buat komuter tgh bandar kompem rmai yg naik. tp ini blom pape dh xnk buat ni itu la

Anonymous said...

yang org utara kutuk mahathir tu bole pegi mampos dgn mak lu k,.isap kote bpak kau la..kau tu takat babi je klu mahathir pandang..otak bodo cam anjing.. mahathir tu mamak tp die pandai mentadbir negara bkn mcm kau. tah2 keje bela babi je.bodoh

Intan Nur Hidayah said...

komenlh dgn brhemah..itu yg dituntut agama,jgn dgn cacian dan sumpah seranah

Anonymous said...

nk thu..stelah drp kes prebet adam neh,apa yg tlah berlaku pd bangsa cina disitu??adakah dia tkot dgn orng melayu?branikah dia untuk bersura yg bukan2???ermmm

Anonymous said...

salam. komen biarlah berhemah. komen melambangkan budi bahasa penulis secara luaran.

Anonymous said...

Ingin tahu di manakah prebet adam berada sekarang? di kg sg Pinang tu kat mana? mungkin boleh menjejakinya...

Anonymous said...

cerita nk bercangah...ade kate stsen minyak shell,,ni esso plak..mne satu beb??

Anonymous said...

Sungai Pinang kat Pulau Pinang la weh, kira-kira tempat yang famous kerana mi udang-nya. Nak tau lebih lanjut, tengok peta la weh. Kejadian itu berlaku di sekitar stesen SHELL di Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Safwan Plaza. Prebet Adam bukan bersembunyi dalam reban ayam weh, dan dia tak sampai pun ke Kg Bahru! Penembak tepat polis DIARAHKAN supaya jangan menembaknya kerana kes itu dalam penyelesaian tentera. Prebet Adam menyerah kepada dua orang pegawai, iaitu seorang berpangkat Brigadier Jeneral dan seorang lagi Kolonel. Semasa menyerah diri, Prebet Adam tidak bersenjata dan teresak-esak menangis sambil dipeluk oleh dua orang pegawai tersebut. Prebet Adam anak orang miskin (sebab itu masuk tentera weh) dan membesar dalam serba kekurangan. Tembakan yang dilepaskan oleh beliau tidak disasarkan kepada orang tetapi yang mati dan cedera kerana tembakan itu membias dari bangunan atau kenderaan. Stesen minyak tidak terjejas (ada lagi sampai hari ni) tetapi satu pam minyak (dan mungkin satu lori tangki kosong) terbakar namun berjaya dipadamkan.

Anonymous said...

ada sesiapa yang boleh beri alamat lengkap Prebet Adam ni? Saya tertarik nak memberikan sedikit sumbangan...mana lah tahu kalau boleh meringan beban nya..kesian dengar cerira kisah prebet adam ni..my contact marrionhugg@gmail.com

thanks

Anonymous said...

setelah 11 tahun diberi dilayan dan diberi pelbagai ubatan di Tg Rambutan,Adam dibebaskan dengan keizinan DYMM Agong,tetapi kehidupanya sekarang melarat,mendengar kisah dari tuan punya tubuh lebih memeritkan daripada perspektif di bloq,tetapi semangat perjuanganya masih segar di ingatanya...Hidup Adam Rambo @ Sg Pinang

Anonymous said...

undang2 mengatasi segalanya hanya Allah membalas adanya.
kes terbaru pulak Apahal dan kaitannya Altantuya dibom Polis.Polis sebenarn nya TIADA kaitan lansung tak ada sebab yang munasabah pun.Siapa yang punya arahan mengapa mahkamah tak beritau angkara siapa sebenarnya?

Anonymous said...

sudah cukup kuat ke org melayu nak hapuskan daulat sultan...?? melayu blum ckup pntas utk memerintah jika dilihat pda masa skrg.. bkn tidak yakin.. tp blum masanya... kalian lihat skrg... politik kita yg kucar kacir,,? ekonomi ape pegang? ank mlayu yg masih lena... untung sultan melayu still ade.. wlaupun kbyakan berperanan sbgai lmbg raja berpelembagaan shja tp scra tdak lgsung ia juga lmbg kuasa kekal dtgn melayu dan hak org melayu terjamim... andai sultan xde sperti kbyakan saudara mahukan.. ape pla akn jdi... ??? renung knlah .. apepun maaf jka pndangan aku salah,, ku hya pemuda 21 tahun.. bru knal dunia, wasalam.

Anonymous said...

raja kuat mabuk!

jemari bebas? said...

maaf kalau ada yg tak tepat. sebenarnya mmg tak ada sesiapa pun yg ada maklumat yg tepat. sebab benda berkaitan raja ni mmg tak akan sampai maklumat kpd rakyat. pape pun aku tgh cari dokumentari "the big durian". dkumentari ni mmg cte ttg prebet adam

Anonymous said...

menurut daripada tuan punya badan,kejadian ini tidak langsung berkaitrapat dengan institusi diraja,malahan beliau adalah anak bongsu dalam 5 beradik yang amat daif,jadi tidak perlulah kita melakukan dosa fitnah dengan membuat andaian yang menyimpang dari kisah sebenar.kejadian ini dirancang dengan rapi oleh 4 sahabat,kesemua bertolak serentak dari stesyen bus ipoh dan menyewa bersama sebuah bilik di sekitar chow kit,tapi malangnya yg berani bertindak hanyalah adam seorang.ditanya mengapa beliau sanggup bertindak sedemikian,jawabnya ialah kerna semangat cintakan bangsa yg amat tinggi,pada tahun tersebut banyak tindakan daripada kaum cina banyak menguris perasaan orang melayu,mereka mahu menubuhkan universiti nanyang,menukar nama sebuah bukit di melaka,dan pelbagai lagi tindakan sesuka hati mereka yang dianggap keterlaluan pada masa itu.adam merancang untuk ikut bersama satu perarakan pemuda yang dijadualkan akan berlaku pada hari kejadian,dan ingin mengajar kaum cina agar menghormati tanah tumpah darahku.banyak lagi maklumat yg ingin saya kupas denganya tapi apakan daya beliau kesuntukan masa,insyallah saya akan bertemunya lagi di minggu hadapan.

Anonymous said...

versi anon di atas saya ni lgsg tak betul...prebet Adam satu skot dgn suami saya yg dah pencen pun skrg ni..saya tau versi sbnr nya bkn rancangan 4 sahabatke atau lain2..hanya yg rapat dgn Adam shj yg mengetahui kisah sbnr nya..masa Adam mengamuk tu semua sahabat2 nya tiada dlm kem kerana sedang outstation..setakat tu saje sy boleh cerita...

Anonymous said...

doa kn arwah adek prebet adam dlm tmpt owg yg beriman

Anonymous said...

ampa duk mengarut ap??
ak knal dea nie spa..aand ak tau dea nie spa??ampa jgn wat cerita..dea sbnarnye xda adik pown..
cerita dea mengamuk sbb adk dea mati tu suma hnya rekaan je..i know who is adam. and i know where it is!!!

Anonymous said...

salam ini cerita betul....saya berada di kem askar yang sama dgn adam...

jejak sejarah said...

nk tau crita sbnr,,sila email sya.coz salah sorng anggota Mp yg bwak prebet adam semasa ia ditahan..adalah pakcik sya..

KL Tulip Lady said...

kisah ini memang benar....i telah dgr sendiri drp pihak-pihak tertentu....time tu i kecik lagi....apa boleh buat...pak cik i ckp, kecoh ahh time tu...dia dah pun pencen...negara ada undang-undang.....kita rakyat biasa...mereka raja...so kita 'Daulat Tuanku'...hope jgn lah terjadi lagi....panas baran boleh membawa maut.....kata doctor, kalau kita marah sgt, tarik nafas dlm2 pastu minum segelas air....kuar umah, p hirup udara segar...x pun layan music....actualy wuduk ngan solat itu lah yg lebih baik....

Anonymous said...

kes anak sultan johor pukul penjaga gol hoki perak takde sape yg tahu ke??

Anonymous said...

hurmm.. cm ne nk share ekh..

gua benci sultan johor said...

babi celaka sial kimak keluarga raja johor. pergi mampos la babi raja-raja taik.

bukan pandai pun semua tu duk perabih duit rakyat sia-sia. sekarang suruh orang minta maaf pulak.

sombong babi la mamat johor sorang ni. gi mampus kimak johor

Anonymous said...

betul betul betul.Apakah sumbangan and kepada Agama??? anda kan ketua agama.Sepatutunya bila org Pas dan Umno duk bertelagah tentang agama, anda sepatutnya menjadi org tengah.anda panggil kedua belah pihak, buka Al-Quran dan hadis, dan baca depan2 Pas dan Umno.Ikut Al-Quran dan hadis la bodoh.Kamu raja2 tak buat kerja.yang kamu buat tambah koleksi kereta, bermewah2, semua buat ikut nafsu.banyak buat salah.bila org tegur kamu marah.Kalau nak rakyat sayang, jadi lah raja yg adil dan mengikut sunnah.

nenek ummi said...

Cite ttg kemarahan krabat di raja 2 mmg pnh dgr tp tidak trlalu byk cerite nye cz nie mngenai insitusi raja sume2 nye adalah sulit... Pape pn sultan mnjalankn kawajipan sbgai raja spatutnye anda tidak patut mmprsoalkn kewibaanye... Mngenai politik pula itu hal antra parti2 trsebut...y mndamaikn adalah agong y bijaksana bkn sultan negeri...agong y brkuasa dlm sgala hal...

Anonymous said...

saudara jejak sejarah...email saudara ape..? bole bg..? sy berminat nk tau la.. :)

Anonymous said...

Sesungguhnya niat blogger2 melayu yg bercerita tentang keburukan kerabat diraja johor ini tidak lain dan tidak bukan ialah kerana mereka ingin memberi impak positif dimana kerabat diraja tersebut akan menjadi insaf dan zuhud tetapi perlulah diingatkan bahawa anda hanya boleh mendidik mereka ke arah kebaikan tetapi jgn sekali2 berniat utk menjatuhkan dan menggulingkan mereka kerna raja2 melayu adelah PAYUNG rakyat terutama sekali org melayu.aku org kampong!

Anonymous said...

melalak je lah boleh, apa pun tak boleh.. zzz

Anonymous said...

bole tnya x...raja dan sultan x kebal lg tu apa ye?????

Anonymous said...

Untuk soalan atas, tahun2 sebelum ini, "kekebalan" Raja2/Sultan2 bermaksud mereka tidak boleh didakwa di dalam mahkamah untuk sebarang kesalahan, tetapi tidak lagi sekarang. Mereka boleh didakwa untuk kesalahan jenayah.

bakal pengganti TMJ said...

saya ada terbaca tentang masalah sosial anak-anak raja melayu pada zaman iniyang terlibat dngan masalah arak zina dll,persoalannya adakah mereka layak menjadi raja di masa akan datang?adakah mereka layak memimpin kita semua?apa sumbangan mereka pada kita?

Post a Comment