Ini kucing kami sekeluarga. Kucing kampung tapi baik, makan tak memlilih dan berak kat luar. Malam-malam waktu aku dan adik lain nun dikota menimba pelajaran, Putih selalu menemani ibu tidur didalam biliknya. Putih rapat sangat dengan kami.
*****************************************
Putih tak berapa sihat. Tak tahu mengapa. Tapi keli terakhir aku lihat die sebelum pulang ke kampus cuti raya cina tempoh hari, putih sihat lagi. Aku sempat memeluknya sebelum aku berangkat pulang haritu, memang dah jadi tabiat aku tiap kali sebelum pulang ke kampus :
"putih tengok2 ibu ayah ye, ijad balik dulu. Nanti cuti ijad balik lagi" bisik aku rapat pada telinga putih.
Ibu telefon cakap Putih tiba-tiba hilang selera makan. Tapi Putih tak kacau orang, Putih tidur je. Dari pagi sampai malam. Ada sekali putih makan, tapi muntah balik 2 ekor ikan rebus tu. Ibu buntu. hidung putih kering, mata cengkung dan tak bermaya sebab dah 3 hari tak makan. Ibu dah mula risau. Aku kerap telefon untuk mengetahui tentang Putih.
Ada pagi tu, ayah bagi Putih makan ubat, tapi Putih muntah. Esok paginya, ibu nampak putih tidur bawah katil ibu. Ibu cakap Putih dah tak larat sangat nak panjat katil tu, sebab tu dia tidur bawah katil je. Ibu cakap Putih jalan 4 langkah terus mengah, terus terduduk. Putih penat sangat. Pagi esoknya, ayah bawa Putih keluar jalan-jalan. Pagi tu Putih nampak ok sikit, tapi masih tak larat. Akhirnya Putih duduk diam bawah kereta.
Petang tu lepas ibu balik, Putih dah tak ada. Penat ibu dan ayah pusing taman, tapi tak jumpa. Ibu dan ayah dah putus asa. Along ada kat rumah, cakap Putih memang dah tak ada. Ibu telefon lagi, cakap putih dah hilang. Kalau Putih ada pun, memang dah tak lama. Aku sangat sedih :( Ibu telefon ajim, ajim menangis teruk. Ibu cakap, memang dah sampai masa Putih. Ibu cakap, Putih pergi dengan aman dan dia tak mahu semua sedih. Putih tahu masanya dah hampir dan dia memilih untuk tidak menyusahkan kami semua. Aku tak dapat terima. Siapa nak tengok kan Ibu dan ayah lepas ni? siapa nak hiburkan ibu lepas ibu balik kerja lepas ni?
:(

finally putih are gone asleep forever. I was a bit too late to witness the very last breath of you. may you rest in peace. i hope you will come to my dream to say last goodbye. deep in my heart you are always alive -19 Feb 2011-
0 pendapat:
Post a Comment