Wednesday, May 4, 2011

" result? "


Aku terus meninggalkan komputer terbuka. Sebelum keluar bilik, aku akan pastikan aku log out facebook kerana ibu selalunya akan online sewaktu maghrib.

Dalam suasana hujan yang belum reda, aku menyarung sweater ber”hoodie” hitam itu. Dulu di hostel memang selalu benar aku pakai. Maklumlah, mudah dan cepat. Di sebelah dalam pula, aku sarungkan sahaja Nike Fit, bagus untuk penyerapan peluh.

Sebelum keluar, ayah menegur ;

“nak g mne hujan2 ni?”

“jogging le”

“joging mane ujan2 ni?”

“ujan skit je ayah”

Sampai je di padang, memang aku dah agak tak ada orang. Apa ke gila nak jogging hujan-hujan ni kan? Ada la juga kelihatan kelibat anjing liar warna putih tu. Namun hati aku berteriak gembira, menzahirkan kepuasan aku yang dapat berlari juga petang itu. Sebelum berlari, aku memastikan earphone tersumbat kemas ke dalam lubang telinga aku. Penting MP3 ni sebenarnya, bila kau jogging, kau tak sedar yang kau dah jogging lama. Pendek kata, MP3 ni dapat mengalihkan tumpuan kau sebentar.

Jarak larian seperti biasa, 2 pusingan untuk berlari, tak termasuk pusingan pertama untuk memanaskan badan dan 1 pusingan terakhir untuk menyejukkan badan dan untuk pecutan. Kira 4 pusingan lah ni. Ok lah tu, dulu aku boleh buat kesemua 6 pusingan ok, sekarang dah buncit, semput je aku haha.

Nak dijadikan cerita, sedang aku memecut dalam samar-samar hujan renyai tu, tiba-tiba kedengaran lagu Si Akim. Dengar dari earphone tadi tu lah. Lagu kegemaran di Hafizuddin rakan sekolej aku. Entah macam mana boleh sesat dalam MP3 adik aku ni. Lagu tajuk Bengang. Pehh, terus aku bengang, habis lari, aku balik naik motor tak pakai topi keledar pn, bengang punya pasal.



0 pendapat:

Post a Comment