Macam biasa, aku gementar menunggu dia datang. Duduk dalam bilik seorang-seorang kadang rasa sunyi pula. Ada la juga bunyi penghawa dingin. Lebih kurang 5 minit menunggu Tiara pun mengetuk pintu dan belum sempat aku berkata apa-apa Tiara meluru masuk.
Macam biasa, Tiara berborak kosong dengan aku. Tapi dia yang memulakan percakapan. Aku memang susah nak buka mulut bila berdepan dengan wanita cantik ni. Rasa kelu, jantung berdegup kencang. Apabila Tiara tanya tempat asal, aku angguk sahaja. Entah apa yang aku angguk pun aku tak tahu. Dia meneka aku berasal dari kelantan. Aku sedikit terkejut dan hairan, mengapa kelantan? Tiara menjawab kerana raut wajah aku yang sedikit gelap dan janggut aku.
"Awak ni ada janggut kelantan la wakk", ujar Tiara manja.
0 pendapat:
Post a Comment