Minggu ni Razak ada tugasan luar, kali ini jauh sikit ; katakan lah di mongolia. Walaupun jauh, Razak tidak sedikit pun mengeluh, mungkin kerana Razak benar-benar memerlukan tugasan itu, tugasan yang boleh mengalih sebentar perhatian nya terhadap realiti kehidupan peribadi Razak.
Kali ini Razak perlu membantu ‘client’ menyiapkan borang ‘survey’. Ketika sedang leka membantu, Rosmah, yang berasal daripada terengganu menegur Razak yang kelihatan begitu tekun bekerja. Katakanlah umur rosmah dalam 35-an, kira-kira 17 tahun lebih muda berbanding Razak.
Bermula dengan pertanyaan biasa, soalan-soalan yang diajukan oleh Rosmah bertukar kepada sedikit peribadi. Razak nyata sedikit tidak selesa dan mula tidak senang duduk. Tidak semena-mena, kawan Rosmah yang dari tadi duduk disebelahnya menyampuk ;
“haa kau Rosmah, nak cari calon menantu lah tu!”
0 pendapat:
Post a Comment